Monday, October 19, 2009


Sudah setahun dan empat bulan diriku bergealr houseman. Dan seiring dgn itu juga, dua tahun berturut-turut aku menyambut Aidilfitri bersendirian di Kuala Lumpur.

Pada 1429H, aku dlm posting Paediatrik. Pada mulanya, aku volunteer utk oncall malam raya kerana plan nak cuti 'at least' 3 hari utk beraya di Kelantan. Tapi, Alhamdulillah. Ada seorang Houseman non-muslim baru masuk posting dan dgn ihsan MO ku, dia menggantikan oncall aku pada malam Raya tersebut. Namun, krana pertukaran yang last minute dan aku sendiri dah book tiket flight pada Hari Raya Pertama, aku tetap beraya di KL. Family dah bertolak ke Kelantan 2 hari sebelum Raya. Pada pagi Raya, aku tak tahu nak masa apa sebab keseorangan di rumah. Akhirnya, resipi pagi Raya aku adalah Maggi goreng..huhu.. Tapi aku bersyukur kerana dapat solat di pagi Raya. Alhamdulillah...

Kisah Raya pada 1430H adalah ketika aku dlm posting Orthopaedik. Seperti hajat sebelumnya, kerana ingin cuti utk balik Kelantan, aku volunteer diri utk oncall malam Raya. Alhamdulillah, oncall berjalan dgn baik, takderlah sesibuk hari biasa. Kalau admission, adalah dari non-muslim.

Namun, pada jam 12 malam, ada satu admission dari rumah orang-orang tua. Makcik Cina yang tua yang tak boleh jalan kerana dpt stroke. DIa dimasukkan kerana luka yang teruk pada punggung dan kedua belah peha (dikenali sbg Bedsore) kerana hanya terbaring di katil. Ya Allah, kenapalah orang jagaan org2 tua ni tak berhati perut nak hantar malam2 raya begini. Aku menggurutu dlm hati. Kerana dah tgh malam, aku dan partner plan nak bangun awal esok pagi buat 'desloughing' atau mencuci lukanya. Slepas morning round, kami terus mulakan 'projek' kami dalam lingkungan 7.30pagi. Aku sangat berharap habis sblm 8 pagi sbb plan nak solat Raya. Tetap, harapan hanya tinggal harapan. Lukanya terlalu besar dan kotor. Bila jam dah menunjukkan nombor 8, hatiku mula menangis. Dah tak sempat ni nak solat Raya...Sekali lagi, hatiku menggerutu. Jam 8.15pagi, barulah segalanya selesai..Bila drive balik rumah, habis lencun basah pipikun lantaran sedih kerana dah lah Raya sorang2 kat rumah, tak berpeluang nak solat Raya. Pastu, pada pagi yang sedih itu, tiada siapa bertanya khabar keadaanku di pagi Raya yang mulia...

Selepas beberapa hari berlalu, aku menghitung kembali. Kenapa perlu menggerutu apabila ada pesakit datang di Pagi Raya. Aku cuba mendidik hati dgn Sabar dan Keikhlasan. Kedua perkataan itu mudah disebut, namun perlukan kekuatan untuk merealisasikannya...

Suasana Raya di alam pekerjaan amat berbeza dgn suasana Raya di alam persekolahan dahulu...

No comments:

Post a Comment