Sunday, December 27, 2009

TIKA SAAT ITU...


Kala kegelapan itu,

Aku meraba-raba,

Acapkali aku rebah,

Berakar umbi dari hati yang buta,

Bertitik tolak dari nafsu yang menggila,

Lemas terkapai-kapai,

Hingga hilang harga agama...


Kala sunyi itu,

Jasadku diselubungi kepiluan,

Fikiranku diakari kekusutan,

Hatiku didiami kesepian,

Setelah berkali,

Ombak mehnah menghempas diriku,

Jutaan diri derita menusuk kalbuku,

Seiring bebanan yang kugalas sebagai hambaMu...


Kala hening itu,

Alunan mimpi kuhentikan,

Balutan dingin ku ungkaikan,

Bebanan gebar kualihkan,

Untuk kugagahi diri ini,

Meneroka khazanah al-Lail Mu...


Kala sepi itu,

Lautan kesalan ku hamparkan,

Untaian istighfar ku panjangkan,

Madah keinsafan ku perdengarkan,

Untuk ku mengetuk,

Pintu Maghfirah Mu...


Tika saat itu,

Harapanku hampir berderai,

Namun tiada ku duga,

KAU sambutku dengan ar-Rahim Mu,

KAU selimutku dengan Mahabbah Mu,

KAU kilaukan hatiku dengan Nur ketenangan,

Bersama janji yang dinukilkan,

Dalam kumpulan kalam Mu,

Engkaulah Rabb,

Tumpuan bagi segala cinta.


-Mawar Jingga-


Monday, October 19, 2009


Sudah setahun dan empat bulan diriku bergealr houseman. Dan seiring dgn itu juga, dua tahun berturut-turut aku menyambut Aidilfitri bersendirian di Kuala Lumpur.

Pada 1429H, aku dlm posting Paediatrik. Pada mulanya, aku volunteer utk oncall malam raya kerana plan nak cuti 'at least' 3 hari utk beraya di Kelantan. Tapi, Alhamdulillah. Ada seorang Houseman non-muslim baru masuk posting dan dgn ihsan MO ku, dia menggantikan oncall aku pada malam Raya tersebut. Namun, krana pertukaran yang last minute dan aku sendiri dah book tiket flight pada Hari Raya Pertama, aku tetap beraya di KL. Family dah bertolak ke Kelantan 2 hari sebelum Raya. Pada pagi Raya, aku tak tahu nak masa apa sebab keseorangan di rumah. Akhirnya, resipi pagi Raya aku adalah Maggi goreng..huhu.. Tapi aku bersyukur kerana dapat solat di pagi Raya. Alhamdulillah...

Kisah Raya pada 1430H adalah ketika aku dlm posting Orthopaedik. Seperti hajat sebelumnya, kerana ingin cuti utk balik Kelantan, aku volunteer diri utk oncall malam Raya. Alhamdulillah, oncall berjalan dgn baik, takderlah sesibuk hari biasa. Kalau admission, adalah dari non-muslim.

Namun, pada jam 12 malam, ada satu admission dari rumah orang-orang tua. Makcik Cina yang tua yang tak boleh jalan kerana dpt stroke. DIa dimasukkan kerana luka yang teruk pada punggung dan kedua belah peha (dikenali sbg Bedsore) kerana hanya terbaring di katil. Ya Allah, kenapalah orang jagaan org2 tua ni tak berhati perut nak hantar malam2 raya begini. Aku menggurutu dlm hati. Kerana dah tgh malam, aku dan partner plan nak bangun awal esok pagi buat 'desloughing' atau mencuci lukanya. Slepas morning round, kami terus mulakan 'projek' kami dalam lingkungan 7.30pagi. Aku sangat berharap habis sblm 8 pagi sbb plan nak solat Raya. Tetap, harapan hanya tinggal harapan. Lukanya terlalu besar dan kotor. Bila jam dah menunjukkan nombor 8, hatiku mula menangis. Dah tak sempat ni nak solat Raya...Sekali lagi, hatiku menggerutu. Jam 8.15pagi, barulah segalanya selesai..Bila drive balik rumah, habis lencun basah pipikun lantaran sedih kerana dah lah Raya sorang2 kat rumah, tak berpeluang nak solat Raya. Pastu, pada pagi yang sedih itu, tiada siapa bertanya khabar keadaanku di pagi Raya yang mulia...

Selepas beberapa hari berlalu, aku menghitung kembali. Kenapa perlu menggerutu apabila ada pesakit datang di Pagi Raya. Aku cuba mendidik hati dgn Sabar dan Keikhlasan. Kedua perkataan itu mudah disebut, namun perlukan kekuatan untuk merealisasikannya...

Suasana Raya di alam pekerjaan amat berbeza dgn suasana Raya di alam persekolahan dahulu...

Sunday, September 6, 2009

Petua ABC



Alhamdulillah, rupanya sudah setahun aku melalui liku2 hidup housemanship yang penuh dengan kesulitan, kepenatan, kengerian, kesedihan, penghinaan dan yang seumpama dengannya. Rasa tak percaya pun ada. Sedih pun ada. Tak percaya, kerana aku berjaya mengharunginya. Merasa sedih, kerana masih ada lagi setahun untuk aku tempuhi perjalanan housemanshipku. Hanya padaMu ya Allah tempat aku menghamparkan aduan dan padaMu jua tempat aku bergantung harap.



Hmm, dalam pertengahan jalan aku menjalani kehidupan housemanshipku, aku ada membeli sebuah buku bertajuk, "Membina Personaliti Unggul" tulisan Ahmad Amri Zainal Abidin. Antara tips yang aku dapat applikasikan dalam dunia kerjayaku adalah tips A B C, iaitu A-Adab, B-Bantu, C-Ceria. Ianya nampak 'simple' dan kebanyakan daripada kita tahu akannya. Namun, alhamdulillah, sedikit sebanyak ia telah membantu aku.




A-Adab, mengingatkan kita untuk sentiasa mengungkapkan 'magical word' spt TOLONG, TERIMA KASIH, MAAF dsb. Insya Allah, ia dapat membantu. Especially, bila nak berurusan dgn SN (staff nurse) dan kwn H/O (houseman officer) yang lain. Always be humble with them.




B-Bantu, membuka ruang kepada persahabatan. As we know, biasanya H/O akan di assign pada setiap kubikel yang berbeza. Mungkin hari ni, one of our colleague dibebani dgn workload yang banyak dan kita berjaya habiskan kerja di our own cubicle cepat. Dengan huluran tangan yang diberikan padanya, maka masing2 dpt selesaikan kerja awal dan seterusnya dapatlah makan lunch sama2..hehe.. Jadi, next time, mugkin giliran kita yag mengharapkan bantuan. (Hmm..kalau buat sesuatu nak dapatkan balasan, hilang pula nilai ikhlas di situ.. Namun, Allah jadikan fitrah manusia yang tahu membalas budi..kecuali orang yg keras hatinya.huhu...)




C-Ceria, hmm..part ni susah sikit. Walaupun hanya perlu senyum bila bekerja, tapi realitinya agak sukar untuk dikekalkan. Especially, bila baru lepas kena marah dgn specialist, berlambak kerja yg belum siap... tup tup..patient pula buat perangai.. waah. Membara dalam hati..Yang keluar bukan senyum dah, tapi nak marah orang. Muka masam mencuka. Hmm, tapi inilah yg harus dielakkan agar kita disenangi oleh semua. So, masing2 kenalah cari formula untuk realisasikannya..hehehe...




Hmm. OK lah.. setakat ini saja yang dapat berceloteh.


Masa belajar dulu pegang 'Perjuangan Memerlukan Pengorbanan' sebab masa medical student susah. Rupa-rupanya working life is more difficult...



Saturday, August 29, 2009